::hidup sebagai MUJAHIDAH,mati sebagai SYAHID::

Friday, February 18, 2011

~Solat kita di tahap yg mana? muhasabah diri ..


Alhamdulillah, sgl puji hanya bagi Allah, memberi kesempatan utk ana mencoret dan berkongsi ilmu dgn semuanya...pernah tak terlintas dibenak kita, dalam kita mengerjakan ibadah solat kita kita itu berada ditahap yang mana?? Di sini ana ada kategorikan tahap2 solat yg dikerjakan..lepas baca ni, marilah kita sama2 bermuahasabah...solat kita berada ditahap yg mana...smg dgn artikel ini, kita dpt memperbaiki mutu ibadah kita dari semasa ke semasa...

Wahai saudaraku, pernah tak kita terfikir, mengapa ibadah Solat tidak membangunkan Insan?? Mgkn ulasan yg diberikan akn mnjawap persoalan ini..

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check solat kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat Islam terbiar dan tiada pembela dan umat Islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Isam yang tak solat, bahkan ramai juga yang tak tahu nak solat, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap solat, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia solat , kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak solat. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang solat, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada seolat yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat, orang ini lalai dalam solatnya. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam seolat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam solatya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam solatnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solatya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan solatya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi di luar solat Kalau ia bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin solat punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan solatnya. Solat telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka di dalam solat itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat solat itu tadi, maka dapatlah kita nilai solatkita di tahap yang mana. Maka ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Solatnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap solat kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. Insya Allah...


Marilah kita berMUHASABAH....;

Dimanakah solat kita?

Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain.....wallahu 'aklam bissowaf

No comments:

Post a Comment