::hidup sebagai MUJAHIDAH,mati sebagai SYAHID::

Wednesday, February 16, 2011

Cinta itu indah selepas kahwin



Jadi kalau terbercinta, macammana? Adui, belum apa-apa sudah ditanya. Tak pe, biasalah tu. Perasaan ingin tahu yang membuak (bagus! ciri-ciri pelajar cemerlang) hinggakan ramai ikhwah dan akhawat yang bercinta mengajukan soalan ini pada ana yang jahil. Sangat tidak layak untuk ana menjawab, tapi membiarkan hanya orang lain bermotivasi untuk berdakwah bukan sifat orang beriman. Sekurang-kurangnya, kalau tersalah ada yang membetulkan. Tafaddhal. Mesej peribadi dalam forum bertalu-talu, jadi ana masukkan disini. Kalian baca je lah, serampang bermata-mata dah ni. Satu jawapan untuk semua yang bertanya. Insya Allah.
Bukan lah nak kata takut kecewa dalam bercinta. Tapi, rasa belum layak lagi untuk bercinta. (Jawapan bagi soalan Angah) Lagipun cinta tak menjamin apa-apa, ramai yang berpura-pura, semua nak nampak cantik luaran, sanggup berjanji macam-macam. Lautan api pun sanggup redah (lautan neraka mcm mana pulak?) sedangkan tsunami melanda pun dah lari lintang pukang. Adui, pandainya menabur janji. Sang Adam sekalian, jangan sesekali berjanji apa yang kalian TAK SANGGUP nak tunaikan. Andai berjanji, berpada-pada lah. "kau kekasih awal dan akhir.. Satu-satunya dalam hati." Maaf la, ana memang tak percaya dengan 'janji' ini tak kira dari Sang Adam atau Sang Hawa. Jadi, cinta Ilahi memang tak ada dalam hati? Bagaimana nak kata cinta berlandaskan cinta Ilahi kalau 'si dia' adalah satu-satunya dalam hati? Istighfarlah... Basuh hatimu agar tidak 'terluka' lama, takut-takut menanah dan membarah yang akhirnya merebak hingga ke seluruh badan. Teringat kata-kata Akhi Adnan dalam Laman-MAP, lebih kurang ginilah nasihatnya;cintakan Allah itu lebih utama dari menjaga hati isteri demi cinta suami kepadanya... Indahnya cinta kalau bersyariat. Alhamdulillah. Tapi macam ustaz Hasrizal kata, perkahwinan bukan hanya syariatullah saja tetapi sunnatullah pun perlu juga. Sesetengah orang hanya mengikat diri dengan syariatullah dan mengabaikan sunnatullah, tak ada skill dalam mengenali manusia. Huhu, how to know ur future life-partner's colours? Tak susah! Buat anak-anak yang masih beribu-bapa, maka... rapat-rapatkanlah hubungan kalian. Banyak sangat ilmu yang dapat dikutip dari mereka. Insya Allah. Beruntung kalau kita adalah anak yang pandai menjaga dan mengambil hati parents terutamanya anak perempuan, nanti mudah nak mengambil hati suami & anak lelaki mudah nak ambil hati isteri, kan ke indah cinta tuh :) Pemerhatian dari kehidupan, mentor adalah ibu-bapa. Boleh kenal karekter lelaki-perempuan. [1] Lelaki mudah terganggu emosinya kalau diganggu tidurnya (mesti kebanyakan laki angguk nih). [2] Perempuan mudah membebel kalau badannya penat tapi tak ada siapa nak membantu(tak caya try la buat, menanah telinga nak dengar. mak kite leh pok-pek lagi dahsyat dari pakar motivasi secara FREE :p ) Banyak lagi... Tapi tak boleh nak catat semuanya, nanti tak semena-mena di 'cop' perunding percintaan. Owh TIDAK..! Macammana nak bercinta kalau cara bercinta belum dikaji, watak 'makhluk' yang bakal dicintai tidak dirapi dalam diary. Hidup saling melengkapi, insya Allah. Sebelum masuk ke gerbang cinta, belajarlah untuk menCINTAi - ibu - bapa Dan biarlah CINTA yang bersemayam berlandaskan cinta kepada Allah; setiap apa yang MAHU dan BAKAL dilakukan semata-mata kerana mengharap redha Allah tanpa ada sedikit pun yang mengundang kemurkaan Nya. Insya Allah. Kalau cinta dipelihara sebaiknya, keindahannya... Fuhhh...! Tak caya? Tanya la datuk-nenek dan mak-ayah kita, always in honeymoon 'mood' walaupun dah berpuluh tahun hidup bersama. Ummi masih boleh pegang tangan abi kalau berjalan... Abi masih boleh menunggu ummi bershopping berjam-jam... Subhanallah. Maha Hebat setiap aturan Allah, hanya dengan 1 sifat Nya maka bertebarlah seluruh makhluk di dunia berkasih sayang. Tapi kini, manusia semakin moden dan semakin jahil tentang kasih sayang :( Ya Allah, Titipkan kemesraan antara kami, Jadikanlah kami orang yang mencintai Mu, Lebih dari kecintaan kami kepada air sejuk. Allahummaj 'alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen ya Allah, istajib doa ana... Ameen ya rahman, ameen ya rahim. Ameen ya Rabbal alameen. (",)

No comments:

Post a Comment