::hidup sebagai MUJAHIDAH,mati sebagai SYAHID::

Tuesday, May 10, 2011

siapa mahu sakit?

Siapa yg mahu sakit?
Mendengar sahaja soalan ini, sudah rasa tidak releven utk dijawab.
Ya, manusia memang tamak.
Apabila sakit, nak sihat.
Apabila sihat, nak cantik.
Apabila cantik, nak bergaya.
Semasa bergaya, nak yg mahal, jadi terus rasa nak kaya.
Semuanya nak sempurna.

Tetapi, apabila diminta menyempurnakan keislaman dan keimanan diri,
Jawapan utama: "ala, nobody perfect"
Tak pun, akan jawab: "ala, aku tak buat semua tu bukan bermakna aku tak baik tau"
bak kata om puteh,:"don't judge a book by its cover"
nak judge cover macam mana, kalau cover pon takde...
ishk, ishk, ishk

Itu lah manusia dgn sikap pentingkan diri sendiri.
Erti kenikmatan hanya dirasai setelah kehilangannya.
Apabila ditimpa sakit, baru rasa manisnya sihat.

Tapi awas!
Apabila anda sakit, sedarlah bahawa ia salah satu tanda kasih ALLAH pada anda.
Tak percaya?
Bukankah sakit itu menghapuskan dosa kecil?
Lagipun, ketika sakit,...
Kita akan lebih ingat Dia,
Lebih bergantung pada Dia,
Kurang melakukan laranganNYA.

Bersyukurlah, ujian datang dalam bentuk yg mendekatkan kita padaNYA
Jika istidraj yg mengambil tempat, adakah kita akan sedar?
Tepuk dada tanya iman.

Mencari formula kekuatan~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kala ini mata sedang terarah menikmati hamparan langit Ilahi. Dari sisi katil, mata ini melihat ke jendela yang darinya ku lihat pepohon hijau berlatarkan langit tenang, cerah. (^_^) Subhanallah. Sungguh, indahnya kehebatan Pencipta seluruh alam ini. Allahuakbar!

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad.




Kehidupan, suatu amanah dariNya?
Meski bukan mudah menyediakan diri untuk kekal jujur menggalas amanah ini, namun bagi manusia yang beriman kehidupan ini dipandang sebagai tempat persinggahan untuk ke destinasi yang lebih menenangkan. Kerana itu, mereka berusaha bersungguh-sungguh menjadikan kehidupan yang sementara ini sarat dengan amal kebaikan dan tidak sekali-kali menyerah (putus asa).

Formula kekuatan?

C I N T A ALLAH

Kekuatan hati mahupun jasad adalah terletak kepada sejauhmana diri kuat menepis yang mungkar, sejauhmana diri kuat berpegang pada janjiNya, sejauhmana diri kuat berpegang pada ajaran al-Quran, dan sejauhmana diri kuat berusaha mempertinggkatkan iman.

Seorang murabbi ada bertanya kepada saya dan rakan-rakan sekelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran beberapa minggu lepas. Murabbi : Adakah kamu berasa selasa dan tenang ketika mendengar nyayian-nyayian yang tidak mengajak kamu kepada cinta Ilahi? Kami : Tidak tenang dan tidak selesa, ustaz. Murabbi :Alhamdulilah jika begitu keadaannya, namun berjaga-jagalah jika kamu merasa selesa, gembira ketika mendengar alunan-alunan yang sebegitu. Ketika hati kamu merasa begitu, segeralah bertanya kepada hati, "Apa khabar iman?''.

Sejujurnya, beliau menggesa kami untuk segera mengajak hati bersegera untuk belajar sentiasa terbiasa dan selesa mendengar alunan-alunan bacaan al-Quran.Kalam Allah menjanjikan ketenangan yang tiada bertepi buat hati.



Setelah memperhalusi kebimbangan beliau, langkah dan tekad untuk mempraktikkan gesaan tersebut telah dilakukan secara konsisten. Alhamdulilah, formula kekuatan sememangnya ada pada kalam Allah, pada
C I N T A ALLAH.

"Apa khabar iman?''

Saturday, May 7, 2011

Ibuku seorang pembohong....:(



Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Kiriman seorang sahabat